Sunday, September 25, 2011
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DAN SELURUH WARGASAINA KERANA DIANUGERAHKAN SEKOLAH KLUSTER DAN TAWARAN BARU
SEMOGA SAINA AKAN TERUS CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM SEMUA BIDANG
SELAMAT BERSARA PN HJH HABSHAH (KAK CAH) 25 SEPT 2011
![]() | ||
| JASAMU TETAP DIKENANG |
TUAI PADI ANTARA MASAK
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN
INTAI KAMI ANTARA NAMPAK
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.
Wednesday, June 22, 2011
SELAMAT DATANG KE SAINA
Selamat datang ustaz dan ustazah dari UNISZAH ke Saina untuk program ROS. Semoga anda semua dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Kalau ada apa yang terkurang minta maaf sajalah. Bila balik ke Uniszah Jangan lupa kami di Saina.
MTQ Peringkat Kebangsaan
Tahniah kepada Nurfikri Fahmi kerana berjaya menjadi naib johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan pada 27-30 mei 2011 diSMKA AL-IRSYAD Pulau Pinang.
Friday, April 22, 2011
PROGRAM MOTIVASI JOM CEMERLANG TG 5 2011
UBK dan PUKAT 5 2011 telah mengadakan Kem Jom Cemerlang pada 22-23 April 2011. Program ini dikendalikan oleh Konsultan Teamxcell yang diketuai oleh En. Khairul Asfani bin Nasir.
Aktiviti Kem Jom Cemerlang
Thursday, April 21, 2011
Bengkel Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM 2011
Alhamdulillah Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan pada 20 April 2011 ,masa 3.30 ptg - 5.30 ptg di Dewan Seri Angsana. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ishak Bin Zulkifli . Pihak Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jazakallahukhairan kathira kepada ustaz. Kepada anak-anak pelajar jangan menganggap P.Islam itu mudah untuk dapat A+. Ingat pesanan ustaz belajar agama , dapat ILMU,AMAL,HAYATI,MATI,SYURGA.
MTQ Peringkat Negeri
Tahniah pada Nurfikri Fahmi dan Mohd Zaim Hanis kerana menjadi Johan dan Naib Johan dalam Tilawah dan Hafazan. Fikri teruskan perjuangan anda untuk menjadi Johan Kebangsaan yang akan diadakan pada 27 mei di Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)









